Blog merupakan satu reka bentuk teknologi laman sosial yang memberi peluang kepada individu untuk membaca,menulis,memberi respons dan menyampaikan maklumat.Blog membolehkan seseorang individu berkongsi pengalaman dan pandangan serta maklumat.Dalam masa yang sama interaksi alam maya ini dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi melalui perbincangan dan perkongsian maklumat.
Blog boleh dibina dan direka sendiri dengan percuma.Pelbagai platform kita boleh gunakan ,antaranya blogspot.com , wordpress.com , weebly.com dan macam-macam lagi.Saya pula menggunakan platform blogspot.com kerana ia adalah sebahagian daripada Google.Cara terbaik untuk mendapatkan akaun blogspot secara percuma adalah dengan berdartar mendapatkan sebuah akaun Gmail ( emel ) Disini saya kongsikan bagaimana hendak membina blog dengan mudah dan cepat.Anda hanya perlu mengikut langkah demi langkah yang akan saya kongsikan.Semoga berjaya.
Langkah pertama adalah dengan mendaftar akaun anda dengan google melalui gmail.beberapa langkah anda perlu ikuti sebagai prosedur untuk mendapatkan akaun gmail.
Langkah kedua,anda klik pada create a new blog kemudian sebuah kotak akan terpapar pada skrin sperti gambar dibawah ini.
Langkah seterusnya,anda boleh menaip tajuk blog anda.Tajuk blog boleh ditaip apa sahaja yang anda suka,alamat blog juga anda boleh taip mengikut tajuk blog atau pun yang lain yang anda suka.Setelah anda selesai mengisi dan memenuhkan ruangan tersebut,anda boleh memilih latar belakang blog anda dengan pelbagai pilihan yang telah disediakan secara percuma.Kemudian anda boleh klik pada kotak create blog di bawah.
Kemudian,ruangan blog anda sudah terbina seperti gambar dibawah ini.Untuk memasukkan sebarang penulisan,maklumat,nota,jurnal atau sebagainya,anda bolehlah klik pada ikon pensel
Seterusnya,apabila penulisan anda atau entri sudah siap ditaip, anda bolehlah klik kotak publish disebelah kanan atas untuk menerbitkan penulisan anda. Sebelum menerbitkan penulisan anda,anda boleh menyemaknya terlebih dahulu atau melihat contoh dengan menekan kotak preview.Apabila anda berpuas hati,anda boleh klik pada kotak publish
Akhir sekali, anda boleh memasukkan gajet-gajet seperti masa, kalendar, profil diri, archive dan sebagainya untuk rujukan dan tatapan sendiri serta orang yang melawat blog anda. Selain gajet, anda juga boleh mendekorasikan blog anda dengan pelbagai ikon,wijet dan sebagainya supaya blog anda lebih menarik selain berinfomasi.
Gambar dibawah ini adalah contoh blog yang telah siap tetapi belum masukkan sepenuhnya penulisan atau entri.
moga berjaya''''
No comments:
Post a Comment