Soalan Tugasan EDU3093 : Guru dan
Cabaran Semasa
TUGASAN
PROJEK
|
TAJUK PROGRAM : PPG
|
SEMESTER : 8
|
NAMA PELAJAR :NORHASLINDA MAMAT
|
KOD
DAN NAMA KURSUS : EDU3093
(GURU
DAN CABARAN SEMASA)
|
IPG
KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
|
Hasil Pembelajaran
Kursus :
1. Menghuraikan isu dan
cabaran semasa yang dihadapi guru.
2. Menerangkan
peraturan-peraturan awam dan perkaitannya dengan kerjaya guru
3. Membincangkan tanda-tanda
awal gangguan emosi murid serta langkah-langkah menanganinya.
4. Mengenalisis punca gangguan
emosi guru.
5. Menyediakan pelan tindakan
untuk mengurus perubahan dalam bidang pendidikan.
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 4,
dan 5.
Objektif Projek :
Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut :
1. Menghasilkan inovasi dan perubahan dalam
pendidikan.
2. Menyatakan langkah-langkah bagi mengatasi
masalah stres yang banyak berlaku
dalam kalangan guru dan
murid.
3. Membina pengurusan grafik berkaitan dengan
pelan tindakan pengurusan stres.
4. Menghasilkan penulisan yang berkualiti.
Tugasan Projek :
Tugasan 1
Penghasilan Produk (70%)
Memang tidak dapat dinafikan penggunaanlaman web sosial
seperti facebook, twitter, hi-5,dan lain-lain semakin meluas di seluruh dunia
termasuk juga Malaysia. Laman web sosial digunakan ramai untuk pelbagai
tujuan seperti berhubung dengan rakan, mencari kawan lama, mencari kawan
baru, memasarkan barangan, melebarkan rangkaian kenalan dan lain-lain lagi.
Tidak hairanlah jika ditanya, pasti ramai baik yang bergelar
pelajar, pekerja serta surirumah mengakui 'melekat' di komputer malayari laman
web berkaitan saban hari. Lebih parah lagi jika mereka ketagih permainan
komputer secara online di laman tersebut.
Berita Minggu (Ahad, 19 September 2010)
Berdasarkan kenyataan di
atas, hasilkan laman sosial dalam bentuk blog, facebook atau web berasaskan
kursus EDU3093. Sertakan ‘storyboard’ atau tatacara pembinaan laman
sosial tersebut serta cara dan kaedah penggunaannya.
Tugasan 2.
Penulisan (30%)
Emosi boleh
ditakrifkan sebagai perasaan yang kuat yang kita arahkan kepada seseorang atau
sesuatu. Terdapat enam jenis emosi yang selalu kita hadapi dan kita arahkan
pada orang dan benda iaitu kemarahan, ketakutan, kesedihan, kegembiraan, meluat
dan terkejut.
Bolehkah kita tidak
beremosi? Jawapannya ialah tidak, kerana apabila kita berada dalam keadaan
emosi yang baik maka segala urusan yang kita buat akan menjadi baik dan lancar.
Kita akan bekerja lebih produktif. Emosi juga membolehkan kita memahami emosi
orang lain. Emosi yang dipamerkan juga dapat menilai kematangan setiap orang.
Hasilkan peta pemikiran
i-Think berkaitan punca-punca stress dan pengurusan emosi guru.
Seterusnya sertakan refleksi terhadap dapatan anda tentang punca stress dan
pengurusan stress dalam kalangan guru.
PanduanPelaksanaanProjek
:
1. Tugasan ini adalah tugasan individu.
2. Format
penulisan tugasan adalah seperti berikut :
2.1. Mukadepan hendaklah mengikut templat terkini.
2.2. Bentuk tulisan font arial-saiz 11
2.3. Langkau 1.5 baris (one and half spacing)
2.4. Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
3. Panjang tugasan
adalah antara 2500 hingga 3000 perkataan dan tidak melebihi 15
mukasurat.
4. Rujukan tidak
termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.
5. Tugasan individu dan
kumpulan hendaklah dihantar secara berasingan
5. Amalan plagiat tidak
dibenarkan sama sekali.
6. Tugasan ini
membawa markah 100% dan wajaran 70%.
Tugasan yang baik harus
menunjukkan kriteria yang berikut :
1. Liputan isi
kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2. Bukti-bukti dan
bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah
dikemukakan.
3. Keseluruhan isi
dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan dengan sokongan
ilmiah.
4. Format dan
organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
5. Penulisan
tugasan harus menunjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa, laras
bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan.
6. Rujukan
perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi
kehendak tugasan ( sekurang-kurangnya sumber 3 buah buku, 3 internet, 3 jurnal,
2 bahan bercetak yang lain).
Tugasan disediakan
oleh:
Disemak oleh
:
(ABD JAMILBIN
SABDIN)
(PN SABIAH
BT MOHAMED)
Penyelaras Subjek
EDU3093
Pakar Bidang (SME)
Jabatan Ilmu
Pendidikan
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGKTAA, Kuala
Lipis.
IPGKTAA,
Kuala Lipis.
Disahkan oleh:
( HAJAH SALBIAH BT
ISHAK,.AAP)
Ketua Jabatan
Jabatan Ilmu
Pendidikan
IPGKTAA, Kuala Lipis
No comments:
Post a Comment