REFLEKSI PUNCA STRESS DAN PENGURUSAN
STRESS DALAM KALANGAN GURU.
Bebanan tugas yang banyak pada masa
kini menyebabkan berlakunya stress di kalangan guru.Tugas-tugas yang diberikan
oleh pentadbir sekolah,adakalanya menjadikan seorang guru mengalami situasi
yang sangat tertekan.Perkara seperti ini berpunca kerana tugas-tugas tersebut perlu dilaksanakan dengan segera.Tugas-tugas
guru seperti memgang jawatan sebagai setiausaha,pengurus pasukan permainan,mengurus
data yang perlu dihantar kepada Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran
Negeri.Guru juga banyak melakukan tugas-tugas perkeranian.Contohnya membuat
kertas kerja,melaksanakan program yang dirancang dan membuat
dokumentasi.Perkara ini perlu dilaksanakan dengan bijak supaya program-program
yang dirancang mengikut takwim tahunan.
Selain itu,punca stress dikalangan
guru disebabkan oleh murid-murid tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar
oleh guru.Contohnya,ada sebilangan murid tidak dapat menguasai kemahiran
membaca Bahasa Malaysia sedangkan guru bertungkus lumus dalam membimbing dan
mendidik murid-murid dalam menguasai kemahiran membaca.Kegagalan murid dalam
menguasai kemahiran yang diajar oleh guru menyebabkan seorang guru mudah
tertekan dengan masalah tersebut.Ini kerana guru amat bimbang jika murid-murid
tersebut akan terus ketinggalan dalam menguasai kemahiran yang diajar oleh guru
dan mendatangkan masalah kepada sekolah.Tahap pencapaian setiap murid akan
dinilai dan direkod untuk tujuan penilaian tahap pencapaian murid dalam sesuatu
matapelajaran sertas perlu dibentangkan kepada ibubapa.Situasi guru dalam
menghadapi perkara sangat tinggi kerana guru perlu membuat penyelesaian masalah
terhadap murid serta membuat tindakan susulan.Guru perlu banyak berfikir dan
adakala menjadikan salah satu punca kepada guru berada dalam situasi yang
sangat tertekan.Tugas guru dalam memastikan murid-murid menguasai kemahiran
yang diajar sangat mencabar.Jika guru tidak mengambil inisiatif terhadapa murid
akan berlakunya keciciran dalam kemahiran yang diajar.
Seterusnya,dapatan yang diperolehi
juga,guru juga tertekan dengan sikap ibubapa.Ibubapa mempunyai harapan yang
sangat tinggi terhadap anak-anak.Mereka inginkan anak-anak mereka berjaya dalam
pelajaran tetapi mereka tidak sedar bahawa tanggungjawab untuk menjayakan
anak-anak bukan diberikan sepenuhnya kepada guru sahaja.Tanggungjawab tersebut
perlu dipikul bersama guru kerana tidak mampu hanya bergerak seorang sedangkan
guru perlu memastikan murid-murid dalam setiap kelas dapat menguasai kemahiran
yang diajar oleh guru.Contohnya,Encik Ahmad sangat berharap anaknya mendapat
keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan anaknya dapat melaksanakan tugasan
disekolah di sekolah.Namun En Ahmad hanya mengharapkan guru sahaja yang
mendidik dan membimbing anaknya untuk mendapat keputusan cemerlang sedangkan
beliau tidak mengambil berat langsung tentang pelajaran anaknya.Perkara ini
adalah sangat tidak tepat dan salah kerana En Ahmad hanya bergantung kepada
sebelah pihak iaitu guru sedangkan beliau tidak ambil peduli tentang anaknya.Ibubapa
perlu bijak dalam memastikan anak-anak yang berjaya dalam pelajaran adalah
tanggungjawab bersama.Ibubapa perlu membimbing anak-anak dirumah bagi
memastikan anak-anak melaksanakan tugasan sebagai pelajar.
Dapatan yang diperolehi menyebabkan punca
stress dikalangan guru ialah persekitaran sekolah yang tidak kondusif.Ini dapat
dikatakan bahawa persekitaran sekolah yang kurang bersih menyebabkan salah satu
gangguan emosi guru.Ada sebilangan sekolah tahap kebersihan sekitar yang tidak
memuaskan.Ini kerana pekerja-pekerja kebersihan tidak menjalankan amanah dan
tanggungjawab yang diamanahkan terhadap mereka.Mereka melaksanakan tugas mereka
dengan bersikap ala kadar.Pekerja-pekerja am kebersihan tidak menjalankan tugas
membersih dengan sepenuhnya.Dapatan yang diperolehi melalui pemerhatian pekerja
–pekerja ini datang awal ke sekolah tetapi mereka melaksanakan rutin mereka
dengan berbual-bual di dewan terbuka sekolah,menghabiskan masa di bilik kudapan
dan stor penyimpanan alat membersih persekitaran sekolah serta melayani telefon
bimbing dengan melayari facebook,wassap dan sebgainya.Terdapat guru-guru yang
melaksanakan tanggungjawab mereka dengan membersih tingkap kelas,sapu sampah di
koridor,mencuci longkang dan menyiram bunga dihadapan kelas.Situasi sebegini
sangat mengganggu emosi guru dan menyebabkan punca stress guru di sekolah.
Punca stress dikalangan guru juga
disebabkan oleh sikap rakan sejawat.Situasi ini juga banyak berlaku dikalangan
guru prasekolah.Rakan sejawat guru prasekolah ialah Pembantu Pengurusan Murid
N17 yang mana tugas mereka membantu guru dan mengurus murid di prasekolah.Namun
demikian,tugas-tugas pembantu terpaksa digalas oleh guru sahaja.Perkara ini
berlaku disebabkan oleh pembantu langsung tidak membantu guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran,tidak melaksanakan tugas pembantu seperti menyapu
kelas,membersih dan menyelenggara sudut-sudut dalam kelas,memastikan
murid-murid melaksanakan aktiviti,tidak mendengar arahan dan sebagainya.Situasi
seperti ini menyebabkan guru stress dalam berhadapan dengan rakan sejawat.
Punca stress dikalangan guru juga
disebabkan oleh pentadbir sekolah yang terlalu tegas dan bersikap
diktaktor.Situasi sebegini banyak berlaku di sekolah-sekolah di Malaysia dimana
pentadbir sekolah tidak mahu mengambil pendapat guru-guru dalam segala hal yang
perlu dilaksanakan di sekolah.Guru Besar sukar untuk menerima cadangan
guru-guru untuk penambahbaikan program dan projek yang perlu dilaksanakan.
Pemantauan yang kerap dari Pejabat
Pelajaran Daerah,Pejabat Pelajaran Negeri,Kementerian Pelajaran Malaysia dan
Jemaah Nazir merupakan salah satu punca stress dikalangan guru-guru.Guru perlu
bergerak dengan lebih pantas dalam melaksanakan pelbagai tugas perkeranian.
Seterusnya,punca stress dikalangan
guru juga disebabkan oleh kerja lebih masa.Contohnya selepas waktu persekolahan
guru akan menjalankan amanah dengan melaksanakan tugas-tugas lain seperti
melatih murid-murid yang masuk pertandingan permainan seperti bola
jaring,Ragbi,Bola sepak ,Bola Baling dan Olahraga.Dari pemerhatian
saya,terdapat guru berkerja lebih masa 7 hari seminggu termasuk hari Sabtu dan
Ahad.Guru-guru datang waktu petang dan pulang jam 6.30petang bagi memastikan
murid-murid menguasai kemahiran permainan.
Selain itu,punca stress dikalangan
guru juga disebabkan oleh pelbagai perancangan sekolah dalam mengejar target
prestasi peperiksaan dan peningkatan prestasi sekolah.Pihak sekolah telah
menetapkan target untuk sekolah berjaya dalam sesuatu bidang seperti
Kurikulum,Kokurikulum,pertandingan kecerian sekolah,Skim Tawaran Baru dan
sebagainya.Guru perlu kerja lebih masa dalam melaksanakan tugasan yang
diberikan kepada mereka.Kerja dan tanggungjawab yang diamanahkan perlu
diselesaikan dan dipantau oleh pihak pentadbir.
Program Lawatan dari pihak luar ke
sekolah juga menjadi salah satu punca stress dikalangan guru.Guru perlu membuat
persediaan sambutan,membuat persediaan tempat,cenderahati dan sebagainya.Tugas-tugas
ini perlu dirancang dengan rapi supaya program berjalan dengan lancar.Dari
pemerhatian yang telah dijalankan oleh saya,guru-guru bekerja lebih masa
sehingga ke waktu malam bagi membuat persediaan bagi memastikan majlis berjalan
dengan lancar.
Guru perlu mengejar masa dan
menggunakan masa dengan sistematik.Pergerakan masa terlalu pantas dan banyak
program yang telah dirancang dalam takwim tahunan sekolah perlu
dilaksanakan.Dapatan yang diperolehi oleh saya,masa sangat penting dan perlu
mengejar masa.Jika guru tidak menghargai masa yang ada, nescaya guru akan
tertangguh dalam melaksanakan program-program yang dirancang dan sepatutnya
perlu dilaksanakan mengikut ketetapan yang dirancang.Jika perkara yang
dirancang tidak dilaksanakan akan wujud punca stress dikalangan guru.
No comments:
Post a Comment